MB Selangor saman MB Kedah - Utusan Malaysia

MB Selangor saman MB Kedah

Saman
AMIRUDIN Shari dan Muhammad Sanusi Md. Nor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mendakwa beliau mempunyai skandal melibatkan Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Amirudin berkata, saman terhadap Menteri Besar Kedah itu dibuat selepas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Jeneri itu dikatakan memfitnahnya menyerahkan tanah seluas 243 hektar di Selangor kepada Vincent Tan.

“Saya meneliti ucapan Muhammad Sanusi di Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra. Ucapan beliau tersebut jelas adalah fitnah dan cubaan oleh seorang yang amat terdesak.

“Beliau mahu mengalihkan persepsi daripada segala dakwaan skandal unsur nadir bumi (REE) yang terpalit ke atas beliau yang masih gagal dijawab secara berfakta sehingga kini. Dengan tegas saya menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) dalam ucapannya mendakwa Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) bakal mengalami kerugian sehingga RM180 juta jika Vincent Tan diberikan projek sungai bernilai RM10 bilion.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor dan calon bagi DUN N.16 Sungai Tua memaklumkan perkara tersebut pernah dijelaskan di dalam DUN dan Parlimen.

“Malah, perkara ini telah saya perincikan secara panjang lebar di sidang Dewan Negeri tahun lalu dan awal tahun ini serta dalam satu sidang Parlimen pada 1 Mac 2023.

“Justeru saya telah berbincang dengan peguam saya dan akan memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Muhammad Sanusi dengan segera atas fitnah yang dilontarkan ini,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya