PUTRAJAYA: Kira-kira 100 bakal jemaah umrah terpaksa berputih mata selepas penerbangan mereka ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah itu didakwa dibatalkan pada saat-saat akhir oleh sebuah agensi pengendali umrah tanpa notis awal. Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Elin, 41, berkata, ekoran masalah itu, hasrat menunaikan umrah buat kali pertama bersama kedua-dua ibu bapanya tidak kesampaian. Wanita terbabit benar-benar tidak menyangka berdepan situasi sedemikian memandangkan kira-kira 100 bakal jemaah umrah…