Taliban larang salun kecantikan beroperasi di Afghanistan

Taliban larang salun kecantikan beroperasi di Afghanistan

LARANGAN itu menyasarkan premis salun kecantikan yang beroperasi di Kabul dan wilayah lain di negara itu. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Kerajaan pimpinan Taliban melarang salun kecantikan wanita daripada beroperasi di Afghanistan.

Ia merupakan sekatan terbaharu Taliban ke atas hak dan kebebasan wanita Afghanistan setelah menghalang golongan itu mengembara, belajar dan bekerja sejak menawan semula negara itu pada Ogos 2021.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, Mohammad Sidik Akif Mahajar tidak memperincikan butiran mengenai larangan tersebut.

Beliau hanya mengesahkan kandungan surat yang tular dalam media sosial.

Surat yang dikeluarkan kementerian bertarikh 24 Jun lalu memaklumkan  pihaknya menyampaikan perintah lisan daripada pemimpin tertinggi, Hibatullah Akhundzada.

Larangan itu menyasarkan premis salun kecantikan yang beroperasi di Kabul dan wilayah lain di negara itu.

Berdasarkan surat itu, pengusaha salun kecantikan di seluruh negara diberi notis sebulan untuk menghentikan operasi perniagaaan mereka.  

Selepas tempoh itu, para pengusaha perlu menutup premis dan dikehendaki menyerahkan laporan mengenai penamatan perniagaan mereka.

Surat itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab larangan itu.  

Surat itu dikeluarkan beberapa hari selepas Hibatullah mendakwa kerajaannya sudah mengambil langkah sewajarnya untuk memperbaiki kehidupan golongan wanita di Afghanistan. – AP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN