Sanusi hanya pelawak politik – Ahmad Zahid

Sanusi hanya pelawak politik – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi bercakap kepada pemberita selepas bertemu jentera pilihan raya UMNO dan BN di Merbok. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERBOK: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hanya pelawak politik yang mempunyai ramai pengikut.

Sehubungan itu, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, rakyat Kedah diminta membuat pilihan terbaik untuk memilih pemimpin yang berwibawa dan berwawasan tinggi untuk memajukan negeri tersebut. 

“Kalau pelawak politik yang tidak mempunyai aura dianggap sangat popular maka kita serahkan kepada kebijaksanaan pengundi-pengundi di negeri kedah. 

“Yang kita cari adalah kerajaan yang berwibawa, yang kita cari ialah pemimpin yang serius yang menjaga soal-soal kepentingan dan kemakmuran rakyat bukan hanya menjadi pelawak politik,” katanya ketika ditemui selepas bertemu jentera pilihan raya UMNO dan BN di sini, hari ini. 

Dalam perkembangan lain, menyentuh permohonan ampun terhadap Sultan Selangor, kata Ahmad Zahid, agensi penguatkuasaan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap Muhammad Sanusi yang didakwa menyentuh isu 3R, berkaitan agama, kaum dan institusi diraja.

Kata Timbalan Perdana Menteri itu, permohonan maaf itu saja tidak mencukupi kerana Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sudah mengingatkan agar ahli politik agar tidak menyentuh isu berkenaan. 

“Banyak pihak juga telah menyebut perkara ini termasuk Musyidul Am partinya sendiri (Datuk Hashim Jasin), kalau benar itu nasihat yang telah diberikan. Tetapi mungkin terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya,” 

Ketika ditanya saranan Muhammad Sanusi agar beliau melakukan taubat nasuha sebanyak 48 kali, Ahmad Zahid berkata nasihat itu harus dilakukan oleh beliau sendiri kerana Menteri Besar itu sudah mengakui kesilapan dan meminta maaf. 

“Budaya ini adalah budaya yang harus ditolak oleh rakyat keseluruhannya apa juga agama yang kita dianuti apatah lagi agama Islam sebab fitnah seolah-olah telah menjadi budaya mereka.

“Apatah lagi caci hamun dan kalau kita mahu berbeda pendapat kita gunakan fakta, kita gunakan perbezaan pendapat itu dengan akhlak bukan dengan cara yang tidak mempunyai akhlak politik langsung. 

“Tambah lagi jika seorang pemimpin itu datang dari sebuah parti yang berasaskan kepada agama. Tentu ini memberikan gambaran yang sangat negatif bukan hanya kepada para pengundi dan para rakyat keseluruhannya,” katanya.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN