Pas Terengganu umum manifesto Sabtu ini

Pas Terengganu umum manifesto Sabtu ini

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Pas Terengganu akan mengumumkan manifesto bagi pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Pas menggariskan 10 tawaran yang merangkumi semua aspek untuk masa depan negeri itu.

“Kita akan melengkapkan pengumuman 10 tawaran Pas Terengganu pada 8 Julai 2023 (Sabtu) bersempena program Jelajah Mega PN Best, Himpunan Teguh Pertahan Terengganu di Dataran Jambatan Angkat.

 “Saya dengan penuh sukacitanya menjemput semua rakyat Terengganu untuk turut bersama dalam program ini,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi PRN serentak di enam negeri pada 12 ogos manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri Mokhtar berharap semua rakyat yang mengundi pulang dan menunaikan tanggungjawab.

“Ruang yang diberikan dalam sistem demokrasi ini perlu dimanfaatkan demi masa depan yang lebih baik. 

“Kepada semua perantau yang bakal pulang mengundi nanti, suka untuk saya sarankan agar membuat perancangan yang awal bagi memastikan perjalanan pulang berjalan lancar dan selamat sampai di destinasi masing-masing,” jelasnya.

Sementara itu Ahmad Samsuri percaya rakyat matang membuat segala keputusan dalam menentukan pemimpin yang akan mentadbir nanti.

“Pilihan raya selalu disebut sebagai pesta demokrasi untuk rakyat menilai pemimpin dan parti politik yang berkelayakan menjadi peneraju di peringkat negeri. 

“Saya percaya rakyat negeri dan negara kita telah matang untuk membuat keputusan berasaskan kepada rekod, khidmat rakyat, dan kewibawaan calon serta parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya