MK minta maaf tak pakai tali pinggang keledar - Utusan Malaysia

MK minta maaf tak pakai tali pinggang keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rap popular kumpulan K-Clique, MK membuat permohonan maaf secara terbuka susulan video dia dan isteri, Siti Hajaar tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu.

Permohonan maaf tersebut dibuat menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram dan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan mengakui kesalahan yang dibuat.

“Saya akui kesalahan yang dibuat, memang salah dan tiada alasan. Semoga menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk mengutamakan keselamatan.

“Saya minta maaf sebab bagi contoh tidak baik dan tak bertanggungjawab. Terima kasih atas nasihat dan teguran semua,” katanya dalam media sosial rasminya.

Susulan kejadian itu, MK berkata, dia belajar daripada kesilapan sebelum memuat naik sebarang kandungan dalam media sosial.

“Selepas ini, saya berjanji kesilapan sama tidak akan diulangi dan semua pihak perlu berhati-hati untuk diri dan juga insan tersayang,” katanya.

Beberapa hari lalu, tular sebuah video yang dimuat naik MK dalam Instagram ketika dia mengusik isterinya dengan tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Video itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen kerana selaku selebriti, MK tidak memberikan contoh yang baik kepada peminatnya.

MK dan Siti Hajaar bernikah di Masjid Jami’ul Huda, Kampung Melayu Ampang, 15 Jun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN