Tuisyen Rahmah manfaat pelajar kurang berkemampuan

Tuisyen Rahmah, manfaat pelajar kurang berkemampuan

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan pakej Tusyen Rahmah dijangka akan dapat dimanfaatkan ribuan murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pelancaran pakej itu turut membuktikan inisiatif Payung Rahmah masih diterima rakyat Malaysia.

Menurut beliau, pelaksanaan pakej Tuisyen Rahmah bertujuan untuk membantu kumpulan miskin tegar dan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan tambahan demi masa depan mereka.

“Pakej ini menyasarkan murid-murid sekolah bermula daripada darjah empat sehingga tingkatan lima dengan penyediaan lebih 3,000 video tutorial berdasarkan sukatan kurikulum Kementerian Pendidikan.

“Pihak pengendali turut memberikan harga diskaun bermula serendah RM5 sebulan kepada murid darjah 4 sehingga RM22 sebulan buat pelajar tingkatan empat dan lima mengikut subjek masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan, Apresiasi Pendidikan dan Pelancaran ITTV e-Learning Rahmah di Kempas, di sini hari ini.

Turut hadir, Turut hadir, Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo.

Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai turut memberitahu, pelaksanaan inisiatif Payung Rahmah merupakan manifestasi keprihatinan dan kasih sayang Kerajaan Perpaduan kepada rakyat Malaysia.

“KPDN berharap usaha ini mampu menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan atau perkhidmatan ditawarkan dengan harga yang murah dan berpatutan namun dengan kualiti terbaik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya