Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan kembalikan Pulau Pinang

Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan kembalikan Pulau Pinang

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menafikan dakwaan kononnya beliau mendesak supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda agar Pulau Pinang dapat dikembalikan kepada Kedah.

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, perkara tersebut tidak pernah diucapnya termasuk kepada mana-mana portal yang menjadi rujukan dalam sesi pertanyaan mulut di Dewan Rak­yat, semalam.

Dakwanya, portal tersebut telah salah memetik kata-kata­nya hingga menyebabkan semua yang dikatakan oleh Ahli Parlimen ketika hangat membincangkan perkara itu semalam turut salah semuanya.

PETIK

“Lain kali tanya dulu apa yang saya katakan dan saya boleh ‘habaq’ (beritahu). Ini ‘depa’ (mereka) petik portal kononnya saya gesa pinda Perlembagaan supaya Pulau Pinang masuk semula ke Kedah.

“Saya tak pernah kata begitu tetapi semua rujuk situ terma­suklah anak ‘Tan Sri’ dan Perdana Menteri. Padahal nombor telefon saya pun ‘depa’ tahu, jadi tanyalah saya apa yang dikata?

“Asas-asas kerajaan, mana boleh ambil dari portal? Saya boleh jawab telefon, malah Whatsapp pun boleh jawab dan takkanlah Perdana Menteri serta Menteri rujuk portal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kenyataannya bahawa Pulau Pinang merupakan milik Kedah di Wisma Darul Aman, semalam.

Sesi pertanyaan lisan oleh Lim Guan Eng terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat menimbulkan kekecohan Ahli Parlimen pembangkang mendakwa Muhammad Sanusi tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Bercakap mengenai ketera­ngan diberikan kepada pihak berkuasa, Muhammad Sanusi berkata, beliau telah menye­rahkan beberapa dokumen berkaitan termasuk perjanjian pajakan Pulau Pinang sebelum ini.

“Mereka cuma tanya kira-kira lima soalan saja dan tak tanya pun tentang pinda perlembagaan itu. Itu bukan saya yang kata dan kalau depa tuduh saya kata, pi tanya ‘depa’,” katanya.

Ditanya mengenai persepsi yang cuba ditimbulkan kononnya Kedah mahu mengambil kembali Pulau Pinang, Muhammad Sanusi berkata Kedah tidak perlu berbuat demikian kerana tiada apa yang hilang daripada negeri ini.

“Ambil semula bermakna kita mendapatkan kembali apa yang telah hilang. Bagi saya, kita tak pernah kehilangan Pulau Pinang sebab mereka bayar pajakan.

“Apabila dia bayar pajak, itu hak dia atau hak saya? Kita tak pernah hilang (Pulau Pinang) jadi buat apa nak ambil balik?” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya