Sabah FC elak jadi 'mangsa' kejutan The Cops

Sabah FC elak jadi ‘mangsa’ kejutan The Cops

SKUAD Sabah FC menjalani sesi latihan terakhir sebelum berdepan PDRM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.-IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu mengelak pasukanya mengalami nasib sama seperti diterima Selangor dan Kedah menjelang aksi Liga Super berdepan PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Meskipun pada pertemuan pertama di Likas menyaksikan skuad The Cops menjadi mangsa belasahan Sabah namun pasukan kendalian dilihat Azzmi Aziz telah menemui cara untuk mengelak menjadi pasukan ‘lubuk’ tiga mata oleh lawannya.

Bagi Kim Swee berkata, perubahan dan cabaran lebih sukar akan dihadapi oleh semua pasukan apabila memasuki pusingan kedua.

Jelasnya, semua pasukan tentu sekali telah belajar daripada kesilapan perlawanan pertama dan bakal menerapkan taktikal lebih baik termasuk apa yang dilakukan PDRM FC.

“Bagi saya ini bukan satu perkara yang mustahil( PDRM FC lakukan kejutan) terutama kalau kita lihat liga memasuki pusingan kedua, pasukan-pasukan bawahan dan mereka yang berada di pertengahan liga pasti akan memberi cabaran yang lebih sengit.

“Pasukan PDRM kita tahu apabila mereka bermain dengan pasukan-pasukan kuat mereka mempunyai strategi yang cukup baik daripada segi serangan balas dan menguruskan pertahanan serta sangat efektif.

“Ini bukan satu perlawanan yang mudah dan kalau kita tak nak apa yang berlaku ke atas Selangor dan Kedah, kita harus fokus sehingga wisel terakhir.

“Kalau kita leka dan terlalu yakin serta mula panik kita akan dihukum itu yang berlaku kepada pasukan Kedah dan Selangor. Tentukan PDRM FC akan menggunakan taktikal sama kerana tiada jurulatih akan menukar pelan apabila cara itu buat mereka menang,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Terdahulu dalam aksi pertama, menyaksikan The Rhinos mudah membenam PDRM FC 4-0 di Stadium Likas pada 25 Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.