Permintaan Jijoe dipenuhi MSN, RM3,000 sebulan buat atlet RTG

Permintaan Jijoe dipenuhi MSN, RM3,000 sebulan buat atlet RTG

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.-UTUSAN/AMIR KHALID)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Datuk Azizulhasnni Awang akan kekal berlatih di Malaysia dengan segala permintaan domestik yang dibuat bekas juara dunia itu bakal dipenuhi oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Penyelaras Program Road To Goal (RTG), Datuk Stuart Ramalingam berkata, pihaknya telahpun menerima permohonan Azizulhasni atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe termasuk melunaskan segala permintaan yang dibuat jaguh berbasikal trek negara itu sebelum ini.

“Kami akan beri sebanyak sokongan yang boleh diberi, RTG telah melihat segala keperluannya dan segala perkara yang diminta, (ini termasuklah) permintaan domestik,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Program RTG yang dipengerusi secara bersama oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria di sini, semalam.

Azizulhasni yang menggondol dua pingat emas pada Kejuaraan Berbasikal Trek Asia, kelmarin, sebelum ini telah meluahkan rasa kecewanya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) yang gagal menyediakan sistem sokongan lengkap sejak berpindah ke Malaysia dari Melbourne, Australia, awal tahun ini.

HANNAH Yeoh (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Program Road To Gold, semalam.-IHSAN FB HANNAH

Juara dunia dalam acara keirin pada 2017 itu berkata, beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan MSN dalam tempoh setahun sebelum kembali ke tanah air, tetapi, sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian, sedangkan, Azizulhasni juga berada dalam program persiapan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Dalam perkembangan berkaitan, Stuart memberitahu, Jawatankuasa RTG juga memutuskan untuk membawa masuk skuad hoki kebangsaan ke dalam program tersebut bagi membantu persiapan pasukan negara ke Sukan Asia di Hangzhou, China, September ini.

“KPI (Petunjuk Prestasi Utama) skuad hoki ialah memenangi pingat emas pada Sukan Asia kerana jika mereka berjaya berbuat demikian, maka, tiket secara automatik ke Sukan Olimpik turut diraih Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Hannah Yeoh pula berkata, Jawatankuasa RTG telah meluluskan sejumlah RM6.9 juta peruntukkan untuk memenuhi segala permintaan atlet di bawah program berkenaan.

“Bajet ini bagi memenuhi permintaan atlet yang telah masuk dalam geran dan jumlah keseluruhan yang diperlukan ialah RM6.9 juta.

“Untuk sekarang dana ini mencukupi, kalau ada penambahan atlet, maka, kita akan menambah jumlah dana,” ujarnya.

Hannah juga memaklumkan jawatankuasa turut meluluskan elaun khas RTG untuk seorang atlet ialah sebanyak RM3,000 sebulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya