Peniaga liwat kanak-kanak perempuan dihukum penjara tujuh tahun - Utusan Malaysia

Peniaga liwat kanak-kanak perempuan dihukum penjara tujuh tahun

MAHKAMAH Sesyen terletak di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perbuatan durjana seorang peniaga restoran meliwat kanak-kanak perempuan, dua tahun lalu terbalas apabila dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun.

Hakim Nooriah Osman turut mengenakan hukuman dua sebatan ke atas Daniala Salleh, 58, yang didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Daniala didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa yang ketika kejadian berusia tujuh tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah kedai makan di daerah Kuala Nerus kira-kira pukul 7 malam pada 23 Februari 2021.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara lima sehingga 20 tahun serta sebatan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman terhadap tertuduh dan diikat jamin RM23,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin dan Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh diwakili peguam, Masliela Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.