MANCHESTER: Gareth Southgate memuji Bukayo Saka sebagai pemain ‘elit’ selepas dia meledak hatrik pertama dalam karier seniornya walaupun koyak tendon achilles.
Dalam aksi di Old Trafford awal pagi tadi, England menewaskan Macedonia Utara 7-0 untuk mengutip 12 mata maksimum daripada empat perlawanan Kumpulan C, kelayakan Euro 2024.
Saka, pada usia 21, menjadi pemain termuda England menjaringkan tiga gol sejak Theo Walcott, yang berusia 19 tahun ketika menentang Croatia pada 2008.
Itu adalah kemenangan terbesar skuad Three Lions sejak mengalahkan Montenegro dengan keputusan yang sama pada November 2019 .
Stop scrolling and watch this.
❤️ @BukayoSaka87 pic.twitter.com/vWupxakL6S
— England (@England) June 19, 2023
“Saya gembira untuknya.
“Dia mengalami kecederaan achilles yang sangat menyakitkan selama beberapa minggu dan sepatutnya boleh menarik diri daripada kem.
“Begitupun dia berada di sini untuk mengharungi antara malam terbaik dalam hidupnya, ini juga menjadi peringatan kepada semua orang apabila melalui situasi sebegini,” kata Southgate.
Bintang itu kini telah meledak 11 gol buat skuad kebangsaan England.
“Saya tidak tahu mahu berkata apa, saya sangat gembira. Saya dan Rashy (Marcus Rashford) benar-benar berhubung dengan baik.
“Pada separuh masa kedua Trent (Alexander‑Arnold) beritahu saya dia akan melakukan hantaran, dan dia melakukannya,” kata Saka.
Empat lagi jaringan England disempurnakan oleh ketua pasukan, Harry Kane (minit ke-29, 73), Rashford (45) dan Kalvin Phillips di minit ke-64. – AGENSI