Kontinjen para negara hampiri sasaran emas

Kontinjen para negara hampiri sasaran emas

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin (dua dari kanan) bergambar bersama pasukan Goalball negara sebelum beraksi menentang Filipina di Sukan Para ASEAN di Kemboja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berbaki dua hari lagi sebelum Sukan Para ASEAN (APG) Kemboja 2023 ke-12 melabuh tirai pada Jumaat ini, kontinjen negara mampu melepasi sasaran 33 pingat emas yang ditetapkan di temasya dwitahunan itu.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata kemungkinan besar kontinjen negara mampu melepasi sasaran 33 emas yang ditetapkan sebelum ini dan secara keseluruhan semua atlet menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Setakat semalam pada pukul 5 petang, Malaysia berada di kedudukan keempat keseluruhan dengan pungutan 30 pingat emas, 23 perak dan 13 gangsa.

“Alhamdulillah…kami bersyukur, sedikit lagi nak capai sasaran. Ini kemenangan yang sangat manis dan satu pencapaian yang cepat.

“Setiap acara dilakukan de­ngan pantas, atlet-atlet negara yang mana kita sasarkan dapat pingat perak, mereka akhirnya tunjukkan pencapaian lebih baik dengan dapat emas. Mereka buktikan dengan hasil kerja keras.

“Di sini kami belum habis lagi misi, kami ada beberapa hari lagi lagi, kita akan cuba buat yang terbaik, harap penyokong mendoakan dan kami tidak mahu menghampakan rakyat Malaysia yang menyokong sukan paralimpik,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sementara itu, skuad renang para Malaysia terus mencipta kejayaan dan kejutan menerusi Byran Lau Sze Kai dan Ethan Khoo Yin Jun, apabila masing-masing meraih pingat emas dan perak dalam acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki S14 (masalah intelektual).

Lebih membanggakan, kemenangan Byran itu memecah rekod temasya dengan catatan masa 54.84 saat (s), sekali gus memadam rekod edisi lalu yang dimiliki rakan senegaranya, Ethan, 56.69s, di Solo, Indonesia.

Sepanjang tiga hari sukan renang dipertandingkan di Pusat Akuatik Morodok, skuad negara telah menyumbang 16 pingat emas, dengan tiga daripadanya merupakan rekod catatan masa baharu temasya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.