Kemenangan terbesar kali ketiga Harimau Malaya

Kemenangan terbesar kali ketiga Harimau Malaya

PEMAIN-Pemain Harimau Malaya menunjukkan tanda terima kasih kepada penyokong-penyokong setia yang hadir memberi sokongan dalam dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan skuad Harimau Malaya membelasah Papua New Guinea 10-0 semalam meletakkan Malaysia kali ketiga meraih gol terbanyak dalam sejarah bola sepak negara di pentas antarabangsa.

Jaringan itu terhasil pada aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu sekali gus membuktikan skuad negara dilandasan perubahan positif.

Berdasarkan semakan, skuad kebangsaan pernah mencatat kemenangan dengan dua angka ketika membenam Filipina dengan 11-0 pada 7 September 1974 pada temasya Sukan Asia di Tehran, Iran.

Skuad negara ketika itu turut berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara bola sepak lelaki itu.

Ia juga rekod kemenangan terbesar pasukan negara di pentas antarabangsa yang masih belum dipecahkan hingga kini.

Satu lagi kemenangan besar dua angka adalah pada 15 Februari 1976, di mana skuad negara membelasah Papua New Guinea 10-1 di pusingan kelayakan Sukan Olimpik 1976 di Jakarta, Indonesia.

Selain daripada tiga kemenangan terbesar itu, skuad kebangsaan pernah mencatatkan sembilan gol dalam tiga aksi di peringkat antarabangsa iaitu kemenangan 9-0 ke atas Kemboja pada 1995 dalam Sukan SEA di Chiang Mai, Thailand, diikuti aksi dengan Macau pada 1993 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 1994.

Malaysia juga pernah membelasah pasukan Burma atau kini dikenali dengan Myanmar menerusi kemenangan 9-1 pada 1977 di saingan Sukan Sea pada waktu itu.

Bagaimanapun, di sebalik rekod cemerlang itu, Malaysia pernah dimalukan dengan jumlah bolos dua angka pada 2015 apabila dibelasah 0-10 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Kelayakan Piala Dunia 2018 di Dubai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN