26 kes malaria dilaporkan di Terengganu - Utusan Malaysia

26 kes malaria dilaporkan di Terengganu

KASEMANI Embong (tengah) melawat gerai pameran sempena Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sebanyak 26 kes malaria dilaporkan di Terengganu bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 22 kes melibatkan malaria zoonotik dan empat kes import daripada jangkitan manusia.

Menurutnya, jumlah itu meningkat 100 peratus berbanding tahun lalu yang cuma merekodkan 13 kes malaria bagi tempoh yang sama.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada wabak atau kematian akibat malaria dilaporkan di negeri ini.

“Daerah Hulu Terengganu mencatatkan kes paling banyak iaitu 10 kes, diikuti Kemaman (5 kes), Dungun (4 kes), Setiu (3 kes) dan masing-masing satu kes bagi daerah Besut, Marang, Kuala Nerus, serta Kuala Terengganu, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di sini, hari ini.

Kasemani berkata, jangkitan malaria zoonotik yang disebabkan parasit ‘plasmodium knowlesi’ iaitu merebak daripada haiwan seperti kera yang menjadi perumah kepada manusia menunjukkan tren peningkatan kes.

Sementara itu, beliau memberitahu, sepanjang tahun lalu sebanyak 32 kes malaria dilaporkan iaitu 29 kes malaria zoonotik dengan dua kematian dan tiga kes malaria manusia.

Katanya lagi, orang ramai terutamanya yang sering terdedah dengan persekitaran hutan bagi melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing, mendaki bukit, mencari hasil hutan dan menoreh getah diharap perlu lebih peka serta ambil langkah awal.

“Langkah pencegahan seperti memakai pakaian yang melindungi keseluruhan badan daripada gigitan nyamuk dan menggunakan ubat penghalau nyamuk boleh diambil,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya