Ustaz Azhar Idrus hadir temu duga mohon tauliah kuliah

Ustaz Azhar Idrus hadir temu duga mohon tauliah kuliah

USTAZ AZHAR IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus hadir temu duga permohonan tauliah kuliah agama untuk berceramah di masjid dan surau di negeri ini pada Khamis lalu.

Menurut Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M. Rozi Bidin, seramai 10 individu lain termasuk Mufti Terengganu, Dr. Mohamad Sabri Harun turut ditemu duga untuk mendapatkan tauliah tersebut.

Beliau berkata, prosedur tersebut berjalan lancar dengan hasil temu duga kemudian akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

“Ustaz Azhar dan individu lain hadir secara sukarela bertujuan memohon tauliah mengadakan ceramah dan kuliah agama di negeri ini.

“Hasil temu duga itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Agama Islam sebelum tauliah dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah M. Rozi, pada sepanjang tahun ini, seramai 145 individu telah menghadiri temu duga bagi mendapatkan tauliah berkenaan menerusi beberapa siri temu duga dibuat JHEAT.

Menurutnya, individu atau penceraman agama yang menyampaikan ceramah, forum, perkisahan, motivasi, taklimat, tazkirah, pembentangan kertas kerja, kuliah, audio visual tanpa tauliah menjadi satu kesalahan.

“Individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001,” katanya.

Sebelum ini, JHEAT Ustaz Azhar antara tidak mempunyai tauliah untuk berceramah dan berkuliah di masjid dan surau di negeri ini.

Selain itu, Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail dilaporkan berkata, semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Dewan Negara dilarang menggunakan masjid serta surau di Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah.

Katanya lagi, larangan itu bertujuan memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga pernah menzahirkan rasa dukacita dengan pembabitan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat tanpa kebenaran Maidam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya