Suffian Bukhari juara golf KRTK

Suffian Bukhari juara golf KRTK

AHMAD Khusairi Ahmad Fadli (berdiri belakang, tiga dari kiri) dan Zulkifli Samsu Hadi (berdiri belakang, dua dari kiri) bergambar bersama pemenang selepas penyampaian hadiah Kejohanan Golf KRTK Cabaran Aidilfitri 2023 di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Suffian Bukhari yang bermain dengan handicap 22 dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Golf KRTK Cabaran Aidilfitri 2023 di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRT), di sini.

Kapten Nik Mohd. Ridhan Syazwan Nik Mohd Yusuf pula muncul juara bagi Medal A dengan 41 mata, Medal B diungguli Zuazizi Aziz dengan 43 mata dan Abdul Rahman Abdul Rani menjuarai Medal C dengan 43 mata.

Kapten KRT, Kolonel Zulkifli Samsu Hadi berkata , kejohanan kali ini dianjurkan mengikut permainan ‘Sistem Stableford ‘ dalam kategori Medal A, B dan C.

“Kita anjurkan dua hari bagi memberi peluang ahli menyertainya. Alhamdulillah sambutan sangat baik. Selain sambutan Aidilfitri, kita adakan sekali majlis perpisahan Presiden yang juga Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Ahmad Khusairi Ahmad Fadli yang sambung belajar di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Khusairi dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada penyumbang-penyumbang dan semua pemain golf yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu, sekali gus menghadiri jamuan raya Aidilfitri KRT.

‘Ssaya begitu gembira dapat bekerja selama dua tahun dengan ahli jawatan kuasa kelab yang disifatkan sebagai yang paling komited,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya