‘Sharnaaz layak bahagia’ - Azira Shafinaz - Utusan Malaysia

‘Sharnaaz layak bahagia’ – Azira Shafinaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ‘Semoga berjaya, semoga dapat jodoh yang baik-baik’. 

Demikian respons penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz, 31, melihat hubungan rapat Sharnaaz Ahmad, 37, dengan seorang pelakon baharu di sebuah majlis tayangan perdana baru-baru ini.

Sebagai seorang sahabat, Azira selalu mengharapkan yang terbaik buat Sharnaaz selain mendoakan agar lelaki itu bertemu jodoh yang baik. 

“Dia layak untuk bahagia. Dia juga bapa tunggal yang ada impian untuk ada keluarga baru. Semoga berjaya dan semoga dapat jodoh yang baik-baik.

“Saya nampak video Sharnaaz pergi (tayangan perdana) Polis Evo, dan saya rasa baguslah. Tak ada perasaan nak iri hati sebab kami hanya berkawan. 

“Sebab itu saya rasa kelakar bila orang tanya saya tentangnya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semasa sesi lawatan ke lokasi penggambaran filem Syerif, di Bandar Malaysia, Sungai Besi, semalam. 

Pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta, Azira berkali-kali menafikan khabar angin tersebut di samping menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan selebiriti.

“Biasalah untuk seorang artis, orang memang akan tanya soalan begini. Tapi bagi saya, saya jaga pergaulan.

“Kalau saya rasa saya ada sesuatu untuk dikongsi, saya akan kongsi. Selain itu, ia hanya spekulasi atau mungkin mereka (peminat) mahukan sebegitu. 

“Sebagai seorang artis, saya tak boleh nak tutup mulut semua orang,” tambahnya. 

Pertama kali membawakan watak anggota polis dalam filem Syerif, Azira mengaku teruja kerana sejak di bangku sekolah lagi, dia berminat dengan kerjaya sebagai anggota polis. 

“Ini pertama kali  saya bawa watak polis dan rasa sangat seronok sebab sudah lama teringin mahu bawa watak aksi. 

“Waktu saya masih sekolah, saya memang teringin mahu jadi polis. Sebab itu saya sertai kadet polis. 

“Bila  melakonkan watak Asp. Shazlin dalam filem ini dan menyarungkan pakaian seragam, saya rasa sangat bangga. Itu membuatkan saya terima tawaran untuk berlakon,” katanya lagi.

Filem Syerif yang masih menjalani penggambaran mengisahkan tentang anggota polis yang berjuang untuk menumpaskan kartel dadah ‘Meth Killer’. 

Mereka saling berteka-teki siapakah yang menjadi dalang kerana kes mereka sering terlepas daripada  proses undang-undang dan  penghakiman. Filem arahan Syafiq Yusof ini dijangka menemui penonton tahun hadapan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya