Malaysia 'tampar' Myanmar, hidupkan peluang ke separuh akhir

Malaysia ‘tampar’ Myanmar, hidupkan peluang ke separuh akhir

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Myanmar dalam aksi bola tampar Sukan SEA 2023 di Stadium Tertutup Olimpik, Phnom Penh hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Malaysia perlu menumpaskan Vietnam dalam perlawanan terakhir Kumpulan B esok untuk meneruskan saingan ke separuh akhir bola tampar lelaki Sukan SEA 2023 selepas menghidupkan peluang dengan menundukkan Myanmar 3-1 hari ini.

Selepas kalah 0-3 kepada juara lapan kali, Thailand dalam perlawanan pembukaan semalam, Malaysia bangkit daripada ketinggalan di set pertama sebelum menang 20-25, 25-21, 25-14, 25-20 ke atas Myanmar di Stadium Tertutup Olimpik, Phnom Penh itu untuk menyalakan harapan.

Kapten Malaysia, Sim Jian Qin berkata, kemenangan tersebut menyuntik moral pasukan untuk mempamer prestasi lebih cemerlang dalam aksi terakhir kumpulandi venue sama.

“Saya sangat berpuas hati dengan komitmen yang dipamerkan  rakan-rakan sepasukan dalam perlawanan ini kerana bukan mudah untuk kita bangkit terutama selepas tewas pada set pertama.

“Namun, semangat juang tinggi yang dipamerkan barisan pemain wajar dipuji kerana kita tidak lagi rasa gemuruh dan selesa dengan keadaan gelanggang.

“Mengenai pertemuan dengan Vietnam, saya percaya apa sahaja boleh berlaku walaupun di atas kertas, mereka pasukan pilihan tetapi kita akan tetap berjuang untuk mara ke separuh akhir,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara yang beraksi di posisi setter, Khairol Shazrimie percaya, Vietnam yang merupakan pemenang pingat perak di Hanoi tahun lalu tidaklah begitu kebal dan boleh ditewaskan.

“Kita sudah kaji perlawanan Vietnam sebelum ini dan lihat peluang untuk kedua-dua pasukan tetap 50-50. Saya percaya dengan perancangan taktikal yang baik, kita boleh lakar keputusan positif nanti,” katanya.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara bola tampar lelaki pada Sukan SEA adalah memenangi pingat perak di Kuala Lumpur 2001 selepas kalah kepada Thailand pada perlawanan akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya