Harimau Selatan tidak mampu dibendung

Harimau Selatan tidak mampu dibendung

JDT meneruskan rentak kemenangan dengan menumpaskan Kuching City. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mengharungi 11 aksi Liga Super, belum ada satu pun pasukan mampu menyaingi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melakar kemenangan ke-11 dengan membenam Kuching City 4-0 di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Harimau Selatan mengukuhkan kedudukan pendahulu dengan mengutip 33 mata maksimum, kekal di landasan memburu gelaran liga ke-10 berturut turut.

Bagi Kuching City, kekalahan keempat berturut-turut meletakkan mereka di tangga ketiga tercorot.

Malah, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu gagal meraih kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir.

JDT tidak menunggu lama untuk merobek gawang lawan apabila Fernando Forestieri membuka jaringan seawal minit keempat hasil hantaran Leandro Velazquez.

Pada minit keenam, Bergson da Silva hampir menggandakan kedudukan, namun tandukannya terkena palang dan bola melantun ke bawah namun tidak melintasi garisan gol.

Bergson bagaimanapun mencipta gerakan untuk gol kedua pasukan pelawat yang disempurnakan oleh Forestieri pada minit ke-36.

Bersambung babak kedua, JDT terus agresif untuk menambah jaringan dan mengatur serangan bertali arus.

Beberapa percubaan dilakukan Harimau Selatan dinafikan oleh Shaiful Wazizi Mohammad sebelum Bergson berjaya menemui jaring untuk gol ketiga JDT pada minit ke-70.

Rembatan jaringan jarak jauh Juan Muniz, tiga minit berselang melengkapkan kemenangan 4-0 Harimau Selatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.