Blogger direman bantu siasatan rasuah projek bernilai RM41 juta

Blogger direman bantu siasatan rasuah projek bernilai RM41 juta

SPRM menahan reman seorang blogger bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah di Mahkamah Majistret, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang blogger bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek bernilai lebih kurang RM41 juta di sebuah kementerian.

Menurut sumber, suspek lelaki yang merupakan blogger mempunyai ramai pengikut berkenaan dipercayai menerima rasuah berjumlah lebih kurang RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) sekitar tahun 2020.

Tambah sumber, permintaan dan pembayaran rasuah ini dipercayai dilakukan sebagai dorongan kepada suspek melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan.

Difahamkan, selain daripada isu jenayah rasuah, SPRM juga akan melihat bagaimana tatacara perolehan projek ini dilaksanakan.

Terdahulu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman selama dua hari bermula hari ini sehingga 13 Mei terhadap suspek setelah SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah seksyen 16 ASPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya