9 ditahan bantu siasatan kes pergaduhan di sekolah - Utusan Malaysia

9 ditahan bantu siasatan kes pergaduhan di sekolah

TANGKAP layar video kes pergaduhan membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di Butterworth, Pulau Pinang yang tular di media sosial sejak kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai sembilan individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua kes pergaduhan di sebuah sekolah menengah di Butterworth, dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, sembilan individu itu yang kesemuanya remaja di bawah umur ditahan secara berasingan semalam.

Katanya, pegawai penyiasat sedang mengambil keterangan kesemua tangkapan dan kemungkinan mereka akan diberikan jaminan polis hari ini memandangkan masih merupakan pelajar sekolah.

”Polis mengesahkan ada penahanan dibuat berhubung dua kes pergaduhan berbeza di sekolah berkenaan.

”Sembilan individu yang ditahan adalah lapan pelajar sekolah dan seorang remaja yang tidak bersekolah,” katanya selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tanjong, di sini hari ini.

Semalam, tular di media sosial video pergaduhan membabitkan pelajar di dalam tandas sebuah sekolah menengah yang di dakwa berlaku di Buterworth, dekat sini.

Insiden tersebut menimbulkan kemarahan warganet yang meminta mereka yang terlibat segera ditahan pihak berkuasa.

Menurut Kok Chin, kes itu melibatkan pergaduhan pelajar dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 kerana mendatangkan cedera dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.