Trump saman peguam peribadi AS$500 juta

Trump saman peguam peribadi AS$500 juta

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memfailkan saman terhadap bekas peguam peribadinya, Michael Cohen yang berkemungkinan menjadi saksi penting dalam pertuduhan kes jenayahnya.

Saman itu yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Florida, menuntut AS$500 juta (RM2.201 bilion) daripada Cohen atas dakwaan pelanggaran keistimewaan peguam-kliennya dan perjanjian kerahsiaan.

Cohen adalah antara saksi yang memberi keterangan di hadapan juri agung yang akhirnya menuduh Trump sekali gus menjadikan Trump sebagai bekas atau presiden pertama AS yang berdepan tuduhan jenayah.

Trump didakwa dengan 34 pertuduhan jenayah iaitu memalsukan rekod perniagaan berkaitan dengan pembayaran wang ‘tutup mulut’ kepada bintang lucah Stormy Daniels.

Cohen berkata, dia mengaku mengatur pembayaran sebanyak AS$130,000 (RM572,243) sebagai pertukaran untuk Daniels berdiam diri daripada mendedahkan perkara itu kepada umum pada 2006.

Trump bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di mahkamah Manhattan pada 4 April lalu.

Dalam tuntutan mahkamahnya, Trump menuduh Cohen menyebarkan kepalsuan mengenainya dan mendakwa mengalami kemudaratan reputasi yang besar.

“Tindakan tidak wajar yang berterusan dan semakin meningkat oleh (Cohen) mencapai kemuncaknya dan meninggalkan (Trump) tanpa alternatif selain untuk mendapatkan penyelesaian undang-undang,” kata surat saman itu.

Trump sedang menuntut perbicaraan juri dan ganti rugi pampasan dan punitif lebih daripada AS$500 juta (RM2.201 bilion).

Bekas hartawan hartanah berusia 76 tahun itu dilaporkan terlibat dalam pelbagai tindakan undang-undang sejak beberapa dekad lalu dan mempunyai sejarah panjang dalam menyerang lawannya di mahkamah.

Cohen, 56, dijangka menjadi saksi utama bagi pihak pendakwaan jika kes jenayah terhadap Trump di Manhattan dibicarakan.

Dia dilaporkan mengakui membayar Daniels bagi pihak Trump dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas pelbagai jenayah termasuk kes terpencil dan pengelakan cukai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya