Tambak laut: Majoriti nelayan tidak setuju? - Utusan Malaysia

Tambak laut: Majoriti nelayan tidak setuju?

ILIAS SHAFIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: “Saya percaya majoriti nelayan di Pulau Pinang secara peribadinya tidak bersetuju dengan projek PSI (tambakan laut selatan Pulau Pinang atau Penang South Island) ini.

“Tapi, disebabkan kita (nelayan) ‘tidak kuat’ (dari segi kesatuan dan komuniti), maka, kita tiada pilihan dan ada daripada kalangan kita yang terpaksa memilih untuk bersetuju (dengan PSI).”

Itu kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PKNNPPP), Ilias Shafie ketika ditanya mengenai impak daripada kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk projek tersebut terhadap nelayan.

 

 

 

Mengulas lanjut, Ilias berkata, antara faktor yang menyebabkan rata-rata nelayan menolak PSI disebabkan khuatir kawasan tangkapan ikan akan berkurangan atau semakin hilang sekali gus mengganggu mata pencarian mereka.

Katanya, kewujudan projek tersebut juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan arus kekal yang akhirnya membawa kepada hakisan tanah khususnya kawasan pantai seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Tapi, macam yang saya kata tadi, kita ini (nelayan) tak kuat. Jadi, kita tak boleh nak bangkang sangat (pelaksanaan PSI).

“Lagipun, jumlah nelayan sepenuh masa kat Pulau Pinang ini sebenarnya tak ramai mana pun. Yang ramai ialah nelayan separuh masa. Maknanya, mereka ada sumber pendapatan lain.

“Jadi, suara kita (nelayan sepenuh masa) pun ‘tak kuat’ mana. Maka, disebabkan itu, saya percaya, ramai yang memilih untuk bersetuju sahaja dengan PSI ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri,Chow Kon Yeow memaklumkan projek tambak laut itu telah mendapat kelulusan EIA daripada JAS berasaskan 71 syarat yang ditetapkan termasuk keperluan meneruskan pelaksanaan Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) dan Pelan Induk Pengimbangan Ekologi (PEOM) untuk projek berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja tambakan dijangka hanya akan bermula seawal suku ketiga tahun ini iaitu selepas kelulusan pelan pengurusan alam sekitar atau EMP diperoleh daripada JAS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.