Puteri Sarah - Syamsul bercerai 18 April - Utusan Malaysia

Puteri Sarah – Syamsul bercerai 18 April

PUTERI Sarah Liyana ketika tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof akan menemui titik perakhiran pada 18 April ini.

Kata sepakat itu dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak yang diadakan malam tadi.

Pada tarikh tersebut, Syamsul akan melafazkan talak terhadap Sarah.

SYAMSUL Yusof bakal melafazkan cerai pada 18 April ini. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas juga akan merekodkan segala terma-terma penyelesaian dan persetujuan kedua-dua pihak.

Terma penyelesaian dan persetujuan tersebut akan merangkumi isu-isu berkaitan handanah (hak penjagaan anak), nafkah anak-anak, mutaah, edah dan harta sepencarian.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN