Jiwa rock tapi hatinya lembut - Mahmud Abu Bakar - Utusan Malaysia

Jiwa rock tapi hatinya lembut – Mahmud Abu Bakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNIA hiburan tanah air malam Jumaat lalu dikejutkan dengan pemergian legenda rock yang juga vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar selepas mengalami sesak nafas.

Pemergian Allahyarham tentunya dirasai bukan sahaja peminat, malah rakan artis lebih-lebih lagi mereka yang sama-sama berjuang dalam arena muzik rock tanah air.

Hangat Seminggu kali ini berkongsi reaksi rakan industri berkenaan kehilangan permata seni yang cukup disegani ini.

Bagi bekas Pegawai Perhubungan Awam Life Records, Mahmud Abu Bakar, Allahyarham Mael sememangnya seorang yang tidak banyak bercakap namun tegas dalam menyuarakan pendapat.

Kongsinya, Allahyarham juga tidak suka mencampuri hal peribadi orang lain dan lebih senang menguruskan masalahnya sendiri.

“Kalau kita tak boleh terima pendapat dia, sebelum melarat menjadi perbalahan dia akan meninggalkan perbincangan itu.

“Selepas itu biasanya dia akan telefon saya dan meluahkan apa yang dia tak puas hati. Itu memang cara dia,” katanya.

Bercakap soal perjalanan seni Allahyarham Mael, Mahmud berkata, jiwa muzik legenda itu banyak dipengaruhi oleh ideologi Allahyarham J.S Kevin menerusi lagu dan lirik ciptaannya.

“Lagu atau lirik arwah J. S Kevin selalunya dia yang periksa atau ubah sikit mengikut kesesuaian. Lagipun pun Allahyarham J. S Kevin banyak mencipta lagu untuk XPDC, jiwa dan penghayatan melodi khas untuk Mael sendiri.

“Allahyarham Mael ini kalau boleh saya sifatkan, jiwanya memang rock kental sejati tetapi tetap ada kelembutannya,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya