Agensi pengintip AS nafi dokumen bocor

Agensi pengintip AS nafi dokumen bocor

KEBOCORAN dokumen perisikan Amerika Syarikat boleh menjejaskan serangan musim bunga yang sudah lama dijangkakan Ukraine. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Dokumen risikan Amerika Syarikat (AS) yang bocor dan dikaitkan dengan perang di Ukraine menimbulkan keraguan dan penafian daripada agensi pengintip AS dan beberapa sekutunya.

Gambar fail sulit itu dikatakan mula disebar secara meluas dalam saluran media sosial Russia minggu lalu tetapi ada yang diterbitkan dalam laman web Discord pada bulan Februari dan Mac.

Agensi Perisikan Pusat (CIA), Agensi Keselamatan Negara (NSA) dan Agensi Perisikan Pertahanan AS bagaimanapun menafikan kesahihan laporan itu dan melancarkan siasatan ke atas sumber kebocoran itu.

Laporan itu juga dikatakan memalukan dua sekutu AS di Asia Barat iaitu Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mesir menafikan laporan Washington Post yang memetik dokumen bocor bertarikh 17 Februari lalu yang mengatakan ia mencapai persetujuan rahsia untuk membekalkan Russia dengan 40,000 roket, serbuk meriam dan peluru meriam.

“Dalam dokumen itu, Pre­siden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi mengarahkan pegawai untuk merahsiakan pengeluaran dan penghantaran roket untuk mengelakkan masalah dengan Barat,” lapor Washington Post.

Seorang pegawai kanan Mesir memberitahu Al Qahera News bahawa laporan itu adalah gangguan maklumat yang tidak mempunyai asas kebenaran.

Mesir menafikan laporan yang memetik dokumen bocor yang memetik el-Sisi membincangkan rancangan untuk membekalkan Russia dengan roket dan peluru.

Satu lagi dokumen yang dibocorkan memberi tumpuan kepada UAE iaitu mengatakan Abu Dhabi bersetuju membocorkan perisikan AS dan United Kingdom untuk memihak kepada Russia.

“UAE mungkin melihat penglibatan dengan perisikan Russia sebagai peluang untuk mengukuhkan hubungan yang semakin meningkat antara Abu Dhabi dan Moscow dan mempelbagaikan perkongsian perisikan di tengah-tengah kebimbangan pemisahan AS dari rantau ini,” menurut dokumen yang dipetik oleh agensi berita AP.

UAE berkata, cadangan yang menyebut mereka mahu menge­ratkan hubungan dengan perisikan Russia adalah sangat salah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN