Takaful-4-All inisiatif bantuan, segerakan tuntutan bangsa banjir

Takaful-4-All inisiatif bantuan, segerakan tuntutan bangsa banjir

banjir
Mohd Radzuan Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menggerakkan industri Takaful secara kolektif menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda negara terutamanya di Johor melalui inisiatif kempen ‘Takaful-4-All.’

Walaupun kesiapsiagaan jentera kerajaan sama ada peringkat negeri dan Persekutuan dapat digerakkan dengan pantas, gerak kerja pembersihan dan penempatan semula akan memerlukan kos dan tenaga kerja yang tinggi.

Semangat gotong royong daripada pelbagai lapisan masyarakat akan dapat membantu mempermudahkan urusan mangsa yang terjejas memandangkan tindakan segera amat diperlukan.

Inisiatif industri Takaful dipacu MTA tertumpu pada 4 keutamaan iaitu:

  1. Memudahkan dan menyegerakan tuntutan serta perkongsian maklumat Talian Hotline untuk semua syarikat Takaful dikongsikan bersama.
  2.  Kempen Takaful-4-All (T4A) akan digerakkan untuk mengumpul barang barang keperluan. Pelanggan Takaful yang ingin membuat sumbangan juga boleh menghubungi MTA atau menghantar barangan ke pusat  Pengumpulan. Maklumat lanjut akan dimaklumkan di laman Facebook dan Instagram rasmi Persatuan Takaful  Malaysia.
  3. Tindakan susulan Takaful-4-All (T4A) akan disegerakan untuk bantuan Pusat Banjir. Ini akan diikuti dengan usaha-usaha lain dari syarikat pengendali Takaful.
  4. MTA bersedia untuk membawa pasukan ‘Takaful-4-All’ (T4A) bagi membantu kerjakerja pembersihan dan bantuan ke kawasan terjejas.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MTA. Mohd Radzuan Mohamed berkata, mereka terkesan dengan musibah yang menimpa mangsa banjir di seluruh negara, terutama rakyat negeri Johor.

Katanya, MTA komited untuk mnghulur bantuan dan mempercepatkan tuntutan kepadamangsa banjir.

“Sebagai respons terhadap krisis tersebut, MTA akan menggembeleng kempen “Takaful-4-All” dengan serta merta sebagai pusat pengumpulan barang keperluan yang memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah selaras dengan inisiatif  kerajaan untuk membantu golongan B40 ini.

“MTA menyeru semua pengendali Takaful untuk menyokong usaha ini dan menyumbang kepada initiatif ini. Pada masa yang sama kami ingin mengucapkan syabas pada pelbagai agensi awam dalam isu pengurusan bencana banjir terutamanya di Johor ketika ini,” katanya.

MTA turut mengingatkan orang ramai supaya prihatin segala pengumuman pihak berkuasa tentang maklumat terkini banjir. MTA turut mengingatkan semua agar kekal berwaspada dan mengikut arahan pihak berkuasa.

Keselamatan mesti diutamakan terutamanya isu elektrik dan keselamatan makanan.

Untuk maklumat lanjut dan terkini serta maklumat bantuan, sila layari laman Facebook dan Instagram rasmi Malaysian Takaful Association (MTA). Bersama ini disertakan info talian percuma.

Khidmat tunda percuma untuk mangsa banjir terjejas ke bengkel terdekat
i. Etiqa General Takaful Berhad – 1-800-88-6491
ii. Takaful Ikhlas General Berhad – 1-800-88-1186
iii. Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad – 1-800-888-788
iv. Zurich Takaful Malaysia Berhad – 1-300-88-6222

Kelulusan ‘on-site’ bagi permohonan tanpa dokumen atau borang untuk tuntutan sehingga RM20,000.
i. Etiqa General Takaful Berhad – 011-1630-6646
(KL/Selangor/Perak/Penang/Kedah/Perlis)
ii. Etiqa General Takaful Berhad – 018-226-3288
(Kelantan/Terenganu/Pahang/Johor/Melaka/Negeri Sembilan/Sabah & Sarawak)

Bantuan Kerosakan Kenderaan
i. Etiqa General Takaful Berhad – 1-800-88-6491
ii. Takaful Ikhlas General Berhad – 1-800-88-1186
iii. Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad – 1-800-888-788
iv. Zurich Takaful Malaysia Berhad – 1-300-88-6222

Bantuan Rumah Terjejas Akibat Banjir
i. Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad – 1-300-88-252-385 / 016-218-4848 (WhatsApp)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.