Sejam erang sakit cincin tersekat di jari - Utusan Malaysia

Sejam erang sakit cincin tersekat di jari

Cincin
SEORANG kanak-kanak menanggung kesakitan sementara pasukan bomba mengeluarkan cincin yang tersangkut pada jari tangan kirinya dekat Kampung Delek Kiri di Klang, Selangor, malam tadi.

KLANG: Seorang kanak-kanak lelaki menanggung sakit hampir sejam akibat sebentuk cincin tersangkut pada jari telunjuk tangan kiri dekat Kampung Delek Kiri, tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.

“Didapati cincin tersangkut pada jari telunjuk tangan kiri mangsa, Muhammad Hud Muhammad Khairi, 7.

“Pasukan bomba mengambil masa lebih 30 minit dengan menggunakan sebuah mesin pemotong dan spanar untuk mengeluarkan cincin itu dari jari mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, bomba mengambil masa lebih 30 minit dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan cincin itu dari jari mangsa. Operasi berkenaan tamat pada pukul 11.52 malam. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN