Capai sifar karbon bersih dengan mahir melukis

Capai sifar karbon bersih dengan mahir melukis

MENGUASAI kemahiran melukis memudahkan penyampaian sesuatu perkara dengan cepat dan berkesan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNIA kita semakin tenat dengan pelepasan karbon yang terlalu banyak. Pelbagai usaha untuk mengurangkan kesan pelepasan karbon dan kempen sifar karbon bersih giat dilakukan oleh organisasi di seluruh dunia.

Malaysia menyasarkan sifar karbon bersih menjelang 2050. Pernahkah kita terfikir kemahiran melukis untuk menzahirkan idea seperti Visualization Through Freehand (VTF) mampu membantu Malaysia dan dunia mencapai sifar karbon bersih dengan lebih cepat dan berkesan.

Mahir VTF mampu mengurangkan pelepasan karbon?

Pelik tapi benar. Salah satu punca pelepasan karbon berlebihan disebabkan oleh senario salah komunikasi atau komunikasi tidak sampai miscommunication yang berlaku dalam sesebuah organisasi.

Berdasarkan kepada kajian antarabangsa, sesebuah organisasi menanggung kos RM 18,605 setahun disebabkan salah komunikasi yang dilakukan oleh seorang staf. Kita boleh mencongak jika sesebuah organisasi mempunyai 100 staf kerugian ditanggung lebih kurang RM1.86 juta.

Cuba anda bayangkan jika organisasi mempunyai 50,000 staf maka kos yang perlu ditanggung amatlah besar. Kelemahan ini perlu diatasi agar negara tidak menanggung kos kerugian yang tinggi seterusnya membantu mengurangkan pelepasan dan jejak karbon.

Antara skrip perbualan yang kerap kita dengar jika berlakunya salah komunikasi:

Senario 1: “Saya rasa awak salah faham tentang penerangan minggu lepas dan awak sudah buang masa saya. Awak perlu buat sekali lagi sampai jadi”.

Senario 2: “Dia tak jelas dengan arahan tadi. Dia tersilap beli barang, jadi kerja tidak boleh kita siapkan mengikut jadual. Kita kena tambah duit lagi untuk beli barang baharu”.

Senario 3: “Syarikat dah rugi berjuta ringgit disebabkan salah faham dengan pihak pembekal. Produk yang dihantar sangat tidak sesuai untuk digunakan dalam projek ini”.

Apabila salah komunikasi berlaku, proses pembetulan perlu dilakukan untuk memastikan objektif kerja tercapai. Oleh itu, banyak perkara akan terlibat termasuklah penggunaan tenaga elektrik tambahan secara langsung dan tidak langsung.

Penggunaan tenaga elektrik secara langsung berlaku kepada sistem penghawa dingin, lampu, komputer riba, mesin pencetak dan lain-lain. Manakala penggunaan tenaga elektrik secara tidak langsung pula berlaku apabila menggunakan kertas atau sesuatu produk secara berlebihan. Sedarkah anda, penghasilan kertas atau sesuatu produk itu memerlukan tenaga elektrik?

Penggunaan secara berlebihan mengakibatkan pengeluar perlu menambah bekalan dari masa ke semasa. Hal ini menjadi penyumbang pelepasan karbon dalam negara.

KAJIAN menyatakan penggunaan visual lakaran amat penting dalam memudahkan proses berkomunikasi. – GAMBAR HIASAN

Bagaimanakah mahir melukis VTF boleh membantu mengurangkan pelepasan karbon dan mencapai sifar karbon bersih dengan cepat?

Kemahiran VTF membantu komunikasi kita menjadi lebih efektif dan mampu mengurangkan senario salah komunikasi.

Penerangan yang berjela-jela sukar difahami tanpa disokong dengan visual. Menguasai kemahiran melukis memudahkan penyampaian sesuatu perkara dengan cepat dan berkesan. Pengurangan salah komunikasi akan membantu mengurangkan kos penjanaan tenaga elektrik dan seterusnya mengurangkan pelepasan karbon.

Akhirnya akan mempercepatkan proses mencapai sifar karbon bersih yang dirancang.
Mahirkan VTF kepada staf untuk memastikan komunikasi visual spontan dapat berlaku dengan cekap.

Kajian menyatakan penggunaan visual lakaran amat penting dalam memudahkan proses berkomunikasi. Malangnya, masih ramai staf sesebuah organisasi tidak berupaya menguasai VTF disebabkan tidak mahir melukis untuk menzahirkan idea.

Adakah kita mempunyai pilihan untuk tidak membudayakan VTF demi mengurangkan pelepasan karbon di tempat kerja?

Kita sememangnya tidak mempunyai pilihan kerana senario salah komunikasi antara penyumbang terbesar kepada peningkatan pelepasan karbon. Untuk menyelesaikannya, kita perlu memastikan komunikasi efektif berlaku secara optimum dan penggunaan lakaran visual secara spontan adalah wajib.

Link video penerangan tentang Decarbonize Miscommunication di https://youtu.be/dOYtPgRsp6M.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program-program VTF dan VCTF untuk mengurang jejak karbon, boleh layari: bijakpandai.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya