TERKINI: Gempa bumi 7.8 magnitud, lebih 300 maut di Syria dan

TERKINI: Gempa bumi 7.8 magnitud, lebih 500 maut di Syria dan Turkiye

GAMBAR menunjukkan keadaan bangunan yang musnah akibat gempa bumi pada skala 7.8 magnitud melanda tenggara Turkiye, hari ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Lebih 500 penduduk maut dan lebih 3,000 cedera di Syria dan Turkiye berikutan gempa bumi besar berukuran 7.8 magnitud yang melanda tenggara Turkiye hari ini yang turut meranapkan puluhan bangunan.

Sehingga berita ini dilaporkan, lebih 243 penduduk maut di Syria manakala di Turkiye, kira-kira 284 terkorban.

Turut terkesan daripada gempa bumi terburuk dalam sejarah itu adalah negara jiran, Syria,  Lubnan, Cyprus dan sebahagian Israel.

Kata pegawai tempatan, jumlah korban turut meningkat dari semasa ke semasa kerana banyak bangunan musnah.

Menurut Geologi Amerika Syarikat (AS), gempa bumi itu berlaku pada pukul 4:17 pagi waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 17.9 kilometer dengan gempa susulan 6.7 magnitud berlaku 15 minit kemudian.

Pusat perkhidmatan kecemasan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) Turki meletakkan magnitud gempa pertama pada 7.4.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam ciapan Twitter turut menyampaikan ucapan takziah kepada semua rakyat yang terjejas akibat gempa bumi berkenaan.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya