Safee cabar lebih ramai pemain negara ke Eropah

Safee cabar lebih ramai pemain negara ke Eropah

SAFEE menyifatkan keputusan bersara pada tahun ini adalah tepat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas penye­rang kebangsaan, Safee Sali mengakui ingin melihat lebih ramai pemain tempatan ‘berhij­rah’ ke luar negara.

Justeru, Safee berharap pemain yang akan mewakili Malaysia selepas ini dapat me­ningkatkan ranking Harimau Ma­laya bagi membolehkan lebih ramai pemain tempatan beraksi di liga luar negara terutama di Eropah.

Beliau percaya pemain tempatan turut memiliki kualiti untuk bermain di luar negara, di mana dirinya sendiri hampir beraksi di Eropah.

Bagaimanapun disebabkan isu ranking, impian untuk beraksi di Cardiff City tidak kesampaian ekoran kedudukan ranking skuad negara tidak melayakkan pemain tempatan beraksi di sana.

“Selama mewakili Harimau Malaya, saya sudah buat sehabis baik untuk naikkan ran­king Malaysia di peringkat tertinggi.

“Saya harap siapa yang akan bermain selepas ini cuba naikkan ranking kerana saya pernah melalui ujian di Cardiff City, jurulatih mahukan saya tapi di­sebabkan ranking, tidak dapat teruskan perjalanan saya dekat Eropah,” katanya yang mengumuman persaraan sebagai pemain bola sepak profesional, semalam.

Selepas hampir 20 tahun dalam dunia bola sepak, Safee, 39 sudah meledak lebih 136 gol bersama kelab dan mengumpul 47 jaringan buat pasukan kebangsaan, Harimau Malaya.

Safee juga berjaya membantu Harimau Malaya memenangi kejuaraan tunggal di Piala AFF pada 2010, malah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada edisi itu dengan meledak lima gol.

Safee turut mengucapkan terima kasih kepada semua bekas pasukan yang memberi ruang buatnya berkhidmat termasuk Kuala Lumpur (KL) City, Selangor, PKNS, Petaling Jaya City, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pelita Jaya (Indonesia).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya