Piala AFF sukar berada dalam kalender FIFA

Piala AFF sukar berada dalam kalender FIFA

Hamidin Mohd. Amin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Untuk melihat kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dimasukkan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada masa akan datang dilihat sukar direalisasikan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, jadual perlawanan Piala AFF yang terlalu panjang hingga memakan masa sebulan menyebabkan tiada ruang dan peluang untuk dilangsungkan dalam kalendar FIFA.

Beliau yang juga Ahli Majlis FIFA berkata, hanya terdapat satu cara saja iaitu cadangan terbabit boleh direalisasikan dengan menambah kalendar FIFA pada masa akan datang.

“Kesan Piala AFF dalam kalendar Fifa bukanlah terlalu spesifik kerana terdapat cara lain dengan meminta badan induk bola sepak antarabangsa itu memanjangkan lagi tempoh kalendar.

“Kalendar Fifa bukan hanya Asean dan Malaysia saja, tapi kepada 211 ahli lain. Kita kena ingat ada perlawanan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia pada Oktober.

“Selain itu, kena ingat kalendar Fifa bukan hanya digunakan untuk perlawanan persahabatan, namun turut memberi peluang kepada pasukan untuk mengadakan sesi latihan,” katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran atas pelantikannya sebagai Ahli Majlis Fifa 2023-2027, di Wisma FAM, di sini, hari ini.

Perlawanan Piala AFF berlangsung selama sebulan dengan format timbal balik apabila melangkah ke pusingan suku akhir.

Sebelum ini, media Vietnam, zingnews melaporkan Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata kejohanan ‘Piala Dunia’ Asia Tenggara itu perlu ditingkatkan untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan di bawah badan bola sepak dunia itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya