PBB rayu derma AS$1bilion untuk mangsa gempa bumi Turkiye

PBB rayu derma AS$1bilion untuk mangsa gempa bumi Turkiye-Syria

PENDUDUK mengambil makanan, pakaian dan barangan rumah yang dihantar dari belakang trak di Samandag, selatan Hatay.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTAKYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan rayuan AS$1 bilion (RM 4.43 bilion) bagi membantu mangsa gempa bumi yang melanda pada 6 Februari lalu di Turkiye dan Syria.

Bencana itu mengorbankan kira-kira 43,000 orang serta menyebabkan berjuta-juta lagi terdesak memerlukan bantuan.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres berkata dalam satu kenyataan, dana itu akan memberi bantuan kemanusiaan selama tiga bulan kepada 5.2 juta orang.

Wang itu, katanya, akan membolehkan organisasi bantuan meningkatkan sokongan dengan pantas termasuk dalam bidang keselamatan makanan, perlindungan, pendidikan, air dan tempat tinggal.

“Keperluan sangat besar, orang ramai sangat menderita dan tiada apa yang merugikan jika menderma.

“Saya menggesa masyarakat antarabangsa untuk melakukan sesuatu sebagai satu tindak balas kepada salah satu bencana alam terbesar pada zaman ini,” rayu Guterres.

Gegaran pada skala 7.8 dan 7.5 magnitud pada awal 6 Februari mengorbankan lebih 36,600 orang di tenggara Turkiye dengan lebih 5,800 lagi kehilangan nyawa merentasi sempadan di Syria.

Lebih sembilan juta orang di Turkiye terjejas secara langsung oleh bencana itu, menurut data rasmi kerajaan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN