Helikopter Blackhawk tentera AS terhempas, dua terbunuh

Helikopter Black Hawk tentera AS terhempas, dua terbunuh

helikopter
Polis mengawal lokasi helkikopter Black Hawk terhempas di Alabama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah helikopter tentera Amarika Syarikat (AS) terhempas di Madison County, Alabama, pada petang Rabu, mengorbankan dua kru di dalamnya.

Aghensi Penguatkuasaan Undang-undang Alabama dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu berlaku di Lebuhraya 53 berhampiran persimpangan Jalan Burrell di Madison County, berhampiran sempadan Alabama-Tennessee.

Pesawat itu, sebuah helikopter Black Hawk UH-60, dilaporkan milik Pengawal Kebangsaan Tennessee, sedang dalam misi latihan rutin ketika ia terhempas.

Video yang tular di media sosial menunjukkan asap hitam naik dari lokasi nahas dengan kehadiran kenderaan kecemasan yang banyak.

Pejabat Syerif Daerah Madison berkata tiada mangsa yang terselamat sambil memberi amaran tentang kelewatan besar di kawasan itu sepanjang petang.

Jurucakap Pengawal Kebangsaan berkata bahawa masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan punca nahas itu.

“Seperti semua kemalangan pesawat tentera, insiden itu akan disiasat. Pengawal Kebangsaan akan menyokong penguatkuasaan undang-undang dan responden pertama yang lain yang mengendalikan tapak nahas,” kata jurucakap itu. – XINHUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya