Hamidin kini, Ahli Majlis FIFA

Hamidin kini, Ahli Majlis FIFA

Hamidin dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia, untuk penggal 2023-2027.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mencipta sejarah baharu dalam arena bola sepak tempatan selepas dipilih menjadi antara lima Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia, untuk penggal 2023-2027.

Hamidin dipilih untuk mengisi jawatan itu semasa kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 yang diadakan di Manama, Bahrain hari ini.

Pemilihan itu menyaksikan Hamidin menjadi rakyat Malaysia keempat yang dilantik selepas Naib Presiden FAM, Lee Kee Siong menjadi individu pertama pada tahun 1960 disusuli Tan Sri Hamzah Abu Samah yang menang tanpa tanding di Kongres AFC untuk jawatan tersebut pada tahun 1972 selepas dua calon lain menarik diri.

Selepas itu, adalah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memenangi kerusi tersebut pada Kongres AFC di Bahrain pada 2015.

Dalam pada itu, Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa mengekalkan jawatan tertinggi tersebut tanpa bertanding bagi tempoh empat tahun lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya