FAM harap sokongan kerajaan, anjur Piala Dunia

FAM harap sokongan kerajaan, anjur Piala Dunia

HAMIDIN pada majlis kesyukuran selepas dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA, di Wisma FAM, semalam. IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui potensi untuk membida hak tuan rumah pada kejohanan Piala Dunia di peringkat bawah umur nampak cerah sekiranya mendapat sokongan penuh kerajaan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelaskan cita-cita untuk menyaksikan Malaysia menganjurkan kejohanan berprestij itu tetap ada, selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada Piala Dunia Bawah 20 (B-20) tahun edisi 1997.

“Kemungkinan untuk kita membida hak menjadi tuan rumah Piala Dunia di pelbagai peringkat umur sentiasa terbuka. Kita boleh lihat Indonesia menjadi penganjur Piala Dunia B-20 pada tahun ini.

“Kita (Malaysia) pun boleh buat kerana ia bagus untuk bola sepak dan kali terakhir pun kita menjadi tuan rumah adalah pada 1997 untuk Piala Dunia B-17.

“Namun, harus kita sedari kos untuk menjadi penganjur kejohanan akhir sangat tinggi dan kita perlukan sokongan penuh daripada pihak kerajaan,” katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Hamidin ditemui selepas menghadiri Majlis Kesyukuran sempena kejayaan menjadi Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada penggal 2023 hingga 2027.

Kejohanan Piala Dunia B-17 bakal dianjurkan di Peru pada November depan manakala Piala Dunia B-20 berlangsung di Indonesia pada Mei nanti.

Sekiranya badan induk bola sepak negara serius untuk membida, mungkin edisi 2025 atau 2027 dilihat realistik dengan FIFA difahamkan akan membuka bidaan tuan rumah tidak lama lagi.

Pada saingan Piala Dunia B-20 edisi 1997, kejohanan berprestij itu telah dianjurkan di enam negeri iaitu Perlis, Selangor, Johor, Pahang, Sarawak dan Kedah dengan pasukan Argentina muncul juara.

Dalam perkembangan lain, Hamidin mengesahkan senarai lawan Harimau Malaya untuk aksi persahabatan sudah ada namun, dia memilih untuk memberi laluan kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk mengumumkannya.

“Beberapa nama (pasukan) sudah ada namun, biar Pan Gon yang tentukan. Aksi persahabatan akan berlangsung masing-masing dua perlawanan pada Mac, Jun dan September ini manakala Pesta Bola Merdeka akan berlangsung akan berlangsung pada Oktober membabitkan empat pasukan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya