Bodoh dan kurang ajar- Lee Chong Wei

Bodoh dan kurang ajar – Lee Chong Wei

LEE CHONG WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyelar tindakan individu yang menggunakan taktik murahan untuk menjadi popular di media sosial, dengan cara memecah belahkan keharmonian negara.

Kata-kata itu ditujukan kepada tindakan seorang bekas pemain badminton negeri, Bong Guang Yik yang kini berkelana di China memuatnaik kenyataan tidak bermoral di aplikasi TikTok miliknya yang berdurasi 1 minit 17 saat,mendakwa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengamalkan sikap layanan berat sebelah.

Guang Yik turut mendakwa disebabkan badan induk itu, dikuasai oleh orang Melayu dan ibadah solat lima waktu yang diwajibkan ke atas orang Islam antara punca punca kelemahan pengurusan tertinggi BAM untuk menghasilkan keputusan positif untuk negara.

Chong Wei yang beraksi di empat edisi Sukan Olimpik sejak Athens 2004 dan berjaya membawa pulang tiga pingat perak dari temasya sukan terbesar dunia itu ternyata kecewa kerana tuduhan tidak berasas Guang Yik itu akan membawa kesan buruk bukan sahaja kepada BAM, malahan negara.

“Ketika saya di zaman kemuncak, saya pernah berlatih dengan dia (Guang Yik), sebab memang tugas saya untuk memberikan sokongan kepada semua pemain.

“Tetapi kini dia mengeluarkan kenyataan tak bertanggungjawab mengenai agama, saya memang tidak berpuas hati, kerana ini Malaysia negara perpaduan, kita tidak boleh cakap itu Melayu macam ini, sembahyang lima kali sehari sebab tak nak kerja, bagi saya itu sudah melampau kerana ini isu bangsa, dan ini sengaja mahu membangkitkan isu politik.

“Saya tahu apa niat dia buat sebegitu, dia mahu popular di TikTok, supaya orang akan selalu ikut live dia, bagi saya orang macam ini memang bodohlah.

“Memang saya kecewa, kerana media sosial ini bukan dia seorang main, satu dunia dapat lihat tindakannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN