Belanjawan 2023: Akta Insolvensi 1967 akan dipinda - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Akta Insolvensi 1967 akan dipinda

KERAJAAN akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Mac ini, kes-kes kecil yang hutangnya kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.

“Sementara menunggu pindaan kes-kes kecil yang hutangnya kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.

“Kerajaan menyasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaannya,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN