Agong, Permaisuri ke majlis makan malam Tahun Baharu Cina LBS

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis makan malam Tahun Baharu Cina LBS 2023

LBS
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Lim Hock San pada Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina LBS 2023 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Makan Malam sempena sambutan Tahun Baru Cina LBS Bina Group Berhad (LBS), telah diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar  yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

 Ketibaan Seri Paduka berdua disambut dengan tarian singa dan persembahan gendang tradisi selain turut dilengkapkan dengan kehadiran barisan dif-dif kehormat dan kenamaan termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad  Sabu; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah tokoh-tokoh terkemuka kerajaan, perbankan, industri pembinaan serta persatuan masyarakat Cina dan tetamu luar negara.

lbs

Pengerusi Eksekutif LBS,  Tan Sri Lim Hock San berkata, kesudian Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina LBS Bina di Tahun Arnab ini, merupakan satu peristiwa penting bagi LBS dan merupakan permulaan yang istimewa untuk tahun ini.

“LBS telah melonjak ke tahap yang luar biasa di Tahun Harimau lepas, memecahkan pelbagai rekod, daripada galeri jualan dengan bilangan rumah pameran contoh terbanyak di Malaysia, dianugerahkan sebagai Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia, hingga memperolehi jualan melebihi sasaran  sebanyak RM2 bilion. Semua ini tercapai berdasarkan sinergi daripada pasukan LBS, sokongan pihak berkepentingan, dan sudah tentu, kepercayaan pelanggan kami,” katanya.

Menurut beliau, tema ‘Muhibah’, bagi majlis Makan Malam Tahun Baru Cina LBS Bina 2023 adalah sinonim dengan inisiatif dan pendekatan kerajaan perpaduan pada hari ini.

lbs

Katanya, LBS yang dikenali sebagai Pemaju Perumahan Rakyat, akan terus komited dan memberi sokongan padu di dalam membentuk perpaduan komuniti. Sektor perumahan adalah penting bagi pembangunan ekonomi, sosial dan kemasyarakatan, lebih-lebih lagi, segmen mampu milik yang berkualiti.

“Selaras dengan reputasi kami sebagai Pemaju Rakyat, LBS akan terus membina dan menyediakan penyelesaian perumahan berkualiti di samping memenuhi tanggungjawab sosial korporat kami seiring dengan matlamat negara.

“Akhir sekali, kepada para pemimpin, rakan-rakan, dan keluarga yang hadir di sini hari ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2023 semoga semua hadirin mendapat limpahan kemewahan serta kemakmuran jangka panjang” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya