200 ekor burung kakak tua dilepas terbang bebas di udara  - Utusan Malaysia

200 ekor burung kakak tua dilepas terbang bebas di udara 

SEBAHAGIAN daripada 200 ekor burung kakak tua yang dilepaskan bebas terbang di udara pada program Terengganu Free Fly Gathering 2023 di Mini Zoo Kampung Tok Dir, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 200 ekor burung kakak tua dilepas terbang bebas di udara pada program Terengganu Free Fly Gathering 2023 selama dua hari berakhir semalam di sini.

Burung kakak tua peliharaan seramai 120 peminat haiwan eksotik dari seluruh negara itu dilepaskan pada dua sesi di Mini Zoo Kampung Tok Dir dan Dataran Jambatan Angkat.

Wakil penganjur Terengganu Free Fly Gathering 2023, Aidill Irfan Z Sukri berkata, pemilik burung kakak tua tersebut melepaskan burung kakak tua masing-masing terbang bebas selama dua jam pada setiap sesi tersebut.

Menurutnya, burung-burung tersebut dilepaskan lebih dua jam sebelum kembali pulang kepada pemiliknya selepas terbang pada setiap satu sesi.

Katanya, jumlah keseluruhan burung kakak tua yang dibawa menyertai program itu sebanyak 240 ekor tetapi yang dilepas terbang bebas di udara pula 200 ekor.

“Kebanyakan burung-burung kakak tua itu terbang bebas di udara sejauh dua hingga lima kilometer dalam masa lima hingga 30 minit. 

“Orang ramai teruja teruja melihat kecantikan, kepelbagaian warna burung kakak tua yang terbang bebas dan kagum melihat kebijaksanaan burung ini yang kembali pulang kepada pemiliknya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Aidill Irfan memberitahu, penganjuran Terengganu Free Fly Gathering 2023 itu merupakan yang terbesar di negara ini serta mendapat kelulusan daripada. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)

“Malah, semua pemilik burung kakak tua itu yang merupakan antara haiwan yang disenaraikan sebagai kategori terancam oleh Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) juga mempunyai lesen yang sah daripada Perhilitan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang peserta dari Ampang, Selangor,  Izmil Zulkipli, 35, pula berkata, dia mula memelihara burung kakak tua ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika Covid-19 melanda negara pada tahun 2020 untuk mengurangkan kebosanan berada di rumah.

Menurutnya, selepas itu, dia menyertai komuniti ‘Free Fly’ bagi mendapatkan pelbagai ilmu asas penjagaan, pemakanan dan kesihatan unggas tersebut.

“Kemudian, saya mula melatih ia terbang dan selepas tiada lagi kekangan PKP, saya mula membawanya untuk terbang bebas di udara kerana itu adalah fitrah burung yang tidak hanya terkurung di sangkar.

“Saya rasa bertuah dapat memelihara burung yang hampir pupus ini dan ramai antara kami yang turut mengambil upah melatih burung untuk terbang sebagai pendapatan tambahan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.