'Tiada Kelab Lebih Besar dari Negara' curi tumpuan

‘Tiada Kelab Lebih Besar Dari Negara’ curi tumpuan

Pelbagai kain rentang dikibarkan penyokong-penyokong Harimau Malaya.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun pelbagai kain rentang dipamerkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi ketika aksi Malaysia menentang Singapura, tulisan ‘Tiada Kelab Lebih Besar Dari Negara’ dilihat antara paling mencuri tumpuan.

Kain rentang tulisan tersebut tular di media sosial sebaik sahaja Harimau Malaya melakar kemenangan 4-1 ke atas Singapura pada aksi terakhir Kumpulan B sekali gus mara ke separuh akhir berdepan Thailand pada Sabtu ini.

Tulisan itu dipercayai berkaitan dengan beberapa pemain yang tidak dapat menyahut panggilan menyertai skuad kebangsaan bagi saingan Piala AFF kali ini.

Selain itu, terdapat lagi beberapa kain rentang dikibarkan penyokong bagi menaikkan semangat barisan pemain dalam perlawanan wajib menang tersebut.

Antara yang dapat disaksikan termasuk ‘Kalah Dukung, Menang Ku Sanjung, Malaysia Sampai Mati’ dan ‘Come On KPG We Trust You!’.

Sebaik sahaja sepak mula, laungan sorakan padu penyokong seramai 65,147 telah membangkitkan semangat pemain yang telah melakukan serangan bertali arus ke gawang lawan.

Kehadiran `pemain ke-12′ Harimau Malaya berjaya membantu skuad kebangsaan mara ke separuh akhir sebagai juara kumpulan B di belakang Vietnam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.