Soleen panggil 43 pemain untuk pemilihan bola sepak wanita

Soleen panggil 43 pemain untuk pemilihan bola sepak wanita

Ketua Jurulatih Malaysia Tigress, Soleen Al-Zoubi ketika mengendalikan sesi pemilihan pemain skuad B-20 wanita negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Malaysia Tigress, Soleen Al-Zoubi memulakan langkah pertama untuk memperkuatkan bola sepak wanita Malaysia dengan memanggil 43 pemain dari seluruh negara untuk menyertai sesi percubaan dan pemilihan pemain skuad bawah 20 (B-20) kebangsaan.

Sesi tersebut yang berlangsung selama empat hari bermula semalam dan akan berakhir pada Jumaat ini.

Barisan pemain telah dipilih berdasarkan permerhatian Soleen dalam Festival Bola Sepak Wanita Serantau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dijalankan di beberapa buah negara, baru-baru ini.

 

Sesi pemilihan pemain bola sepak wanita ini dijalankan sebagai persiapan awal skuad Malayan Tigress B-20 menghadapi pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024 di Kemboja, Mac ini.

Sepanjang sesi pemilihan selama empat hari itu, barisan pemain yang dipilih perlu menjalani pelbagai ujian kecergasan seperti ujian kepantasan serta ‘strength and power’ selain latihan intensif di padang.

Sesi ujian kecergasan petang semalam turut dibantu oleh Ketua Unit Prestasi Tinggi FAM, Reuben Jude Balraj. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya