Solari sudah jangka JDT tewas

Solari sudah jangka JDT tewas

ARIF Aiman cuba mencabar pemain FC Rostov pada aksi pra musim di Dubai.-IHSAN JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari telah menjangkakan keputusan berkenaan dan berpuas hati dengan corak permainan diperagakan anak buahnya ketika tewas 0-2 kepada kelab dari Russia, FC Rostov di padang bola sepak Ritz Carlton, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Baginya, ia adalah satu pengalaman berguna berdepan pasukan lawan yang berkualiti dan lebih baik namun corak permainan yang cuba diterapkan beliau berjaya menampak hasil tetapi masih ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki.

Juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu, akan mengharungi tiga lagi perlawanan persahabatan untuk kempen latihan pramusim musim ini berdepan FC Levski Sofia, FC Lokomotiv Moscow dan juara liga Russia, FC Zenit St Petersburg.

“Ini adalah perlawanan yang menguji kami sepenuhnya, sesuatu yang telah kami jangkakan apabila bertemu pasukan yang kini di tangga ketiga Liga Russia. Saya berpuas hati melihat transisi permainan yang baik, ‘ball possession’ yang menggalakkan dan menggerakkan bola secara satu pasukan.

“Hari ini adalah satu pengajaran yang baik apabila menentang pasukan yang berkualiti. Sekarang kami kembali ke sesi-sesi latihan dan memperbetulkan kelemahan-kelemahan daripada perlawanan ini,” katanya menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers.

Pada perlawanan itu, Solari menyenaraikan barisan terbaik dalam kesebelasan utama termasuk gandingan Bergson Da Silva, Fernando Forestieri dan Arif Aiman di bahagian serangan.

FC Rostov yang dibimbing oleh Valeri Karpin merobek gawang JDT menerusi gol Yegor Golenkov pada minit ke-39 sebelum menambah jaringan pada minit ke-49.

“Niat utama di sini adalah untuk belajar dan mencabar diri kami untuk berhadapan dengan pasukan yang lebih kuat supaya kami dapat memperbaiki pasukan dari apa yang kami ada sebelum ini.

“Perlawanan seterusnya juga lebih sukar dan kami perlu bekerja keras setiap hari sebelum bermulanya kempen saingan Liga Super pada 24 Februari ini,” jelas Solari.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya