Empat lelaki direman, bantu siasatan kes curi mesin penapis air

Empat lelaki direman, bantu siasatan kes curi mesin penapis air

SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi mendapatkan perintah reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Empat daripada lima lelaki yang ditahan dipercayai terlibat dalam kes curi mesin penapis air di masjid dikenakan reman oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman yang dibaca di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah itu dikeluarkan Majistret, Nurul Azuin Mohd. Talhah bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Sementara, seorang lagi lelaki ditolak reman kerana siasatan awal mendapati tiada penglibatan dalam kes yang disiasat.

Semalam media melaporkan, lima lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri mesin penapis air dari masjid sekitar Nilai di sini ditangkap di dua lokasi berasingan di Selangor.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pada 30 Jun lalu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah menerima tiga laporan polis berhubung kes kecurian mesin penapis air di tiga buah masjid sekitar Nilai.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah menahan seramai lima lelaki tempatan berumur lingkungan 20-an hingga 40-an.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan masing-masing di kawasan Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma dan Beranang, Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN