Pegawai polis rogol remaja dituduh pagi ini - Utusan Malaysia

Pegawai polis rogol remaja dituduh pagi ini

KOMPLEKS Mahkamah Sungai Petani yang terletak di Bandar Amanjaya, Sungai Petani. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pegawai polis berpangkat inspektor yang disyaki merogol seorang remaja perempuan pada Rabu minggu lalu akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Sungai Petani, hari ini.

Suspek berusia 34 tahun yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan disyaki melakukan perbuatan itu di pejabatnya ketika memanggil mangsa berusia 16 tahun.

Terdahulu, mangsa membuat laporan polis membabitkan kes rogol didakwa dilakukan bapa tirinya sebelum dia dipanggil untuk membantu siasatan yang dilakukan pegawai polis terbabit.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Wan Hassan berkata, penjenayah akan tetap dibawa ke muka pengadilan walaupun merupakan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya