FAM hadiahkan jersi 'HANAYO 9' kepada Hannah

FAM hadiahkan jersi ‘HANAYO 9’ kepada Hannah

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) menyampaikan hadiah jersi Harimau Malaya `HANAYO 9' kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Stadium Nasional, Bukit Jalil, baru-baru ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghadiahkan jersi skuad Harimau Malaya kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebagai tanda terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Jersi yang lengkap dengan nama dan nombor ‘HANAYO 9’ telah diserahkan kepada Hannah oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B Piala AFF 2022 antara Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Hannah turun bersama 65,147 penyokong setia skuad Harimau Malaya di gelanggang keramat skuad kebangsaan bagi memberi sokongan buat skuad bimbingan Kim Pan Gon, yang menyaksikan Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF sekali gus memperbaiki pencapaian musim lalu.

“Pemberian jersi skuad Harimau Malaya yang lengkap dengan set nama dan nombor itu adalah sebagai simbolik penghargaan kepada YB Hannah dan jalinan kerjasama serta sokongan beliau kepada industri bola sepak negara,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Malaysia mendahului pada minit ke-35 menerusi jaringan Darren Lok sebelum dua gol pantas Stuart Wilkin (minit ke-50 dan minit ke-54) meletakkan Malaysia terus selesa berkedudukan 3-0.

Pasukan pelawat cuba bangkit menerusi jaringan Faris Ramli pada minit ke-85 namun pemain gantian, Sergio Aguero memastikan kemenangan mutlak skuad negara dengan gol keempat pada minit ke-88.

Selaku naib juara Kumpulan B, Malaysia akan berdepan juara Kumpulan A yang juga ‘Raja ASEAN’ enam kali, Thailand di peringkat separuh akhir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya