Cuaca panas bukan punca Speedy Tigers tumbang

Cuaca panas bukan punca Speedy Tigers tumbang

PEMAIN Malaysia jelas kecewa selepas tumpas 3-6 kepada Afrika Selatan dalam perlawanan penentuan tempat kesembilan hingga 16, Hoki Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROURKELA: Ketua jurulatih Malaysia, A. Arul Selvaraj enggan menjadikan alasan cuaca panas sebagai punca kekalahan 3-6 Speedy Tigers kepada Afrika Selatan pada klasifikasi tempat kesembilan hingga 16, hoki Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda semalam.

Bagi Arul, barisan pemainnya sudah biasa beraksi dalam cuaca panas kerana pernah berlatih antara pukul 12 tengah hari dan dua hingga empat petang di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum ini.

“Sebelum ini kita main pukul 1 dan 3 petang tetapi hari ini puku 11.30 pagi. Cuaca sama seperti Malaysia, cuma kelembapan di sana 80 peratus berbanding 20 peratus di sini.

“Ia bukan isu kerana pagi tadi pun (pemain) ambil sarapan dengan betul dan persiapan juga berjalan dengan baik. Jadi saya tak mahu jadikan ia sebagai satu alasan,” katanya selepas tamat perlawanan.

PEMAIN negara, Mohamad Ashran Hamsani (dua kiri) memukul bola ke arah gawang Afrika Selatan pada aksi klasifikasi 9 hingga 16, Piala Dunia 2023. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Afrika Selatan meledak tiga gol menerusi Bradley Sherwood (m-9), Guy Morgan (m-17) dan Nqobile Ntuli (m-35) sebelum Muhammad Razie Abd. Rahim memberikan satu jaringan buat Malaysia pada minit ke-43.

Bagaimanapun, ia sudah terlambat untuk mengejar apabila Afrika Selatan berjaya menambah tiga lagi gol menerusi Keenan Horne (m-43), Mustaphaa Cassiem (m-44) dan Sherwood pada minit ke-57.

Dua lagi gol skuad negara dalam aksi itu dijaringkan oleh Razie dan Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-45 serta 47.

“Kami semua terlalu kecewa. Saya tak tahu sama ada kita hilang tumpuan, fokus atau kemahuan dalam dua suku masa pertama. Kita kalah disebabkan perkara itu.

“Tahniah buat Afrika Selatan kerena bermain lebih cerdik daripada kita. Kemahuan mereka juga lebih tinggi daripada kita,” jelas Arul. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.