Separuh masa pertama, Argentina 2-0 Croatia - Utusan Malaysia

Separuh masa pertama, Argentina 2-0 Croatia

Messi meledak gol sulung buat pasukan menerusi sepakan penalti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA : Calon juara Piala Dunia 2022, Argentina semakin hampir dipentas akhir selepas mendahului Croatia, 2-0 pada 45 minit pertama saingan separuh akhir di Stadium Lusail, sebentar tadi.

Gol Argentina dijaringkan ketua pasukan, Lionel Messi yang menyempurnakan sepakan penalti untuk menewaskan Dominik Livakovic pada minit ke-34 sebelum Julian Alvarez menggandakan kelebihan buat pasukan selang lima minit kemudian.

Croatia dilihat lebih mendominasi perlawanan sepanjang 30 minit pertama sebelum jaringan Messi nyata mengubah rentak permainan pasukan dengan giliran Argentina pula lebih banyak menyerang dipenghujung babak pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya