Safawi milik Ratchaburi FC

Safawi milik Ratchaburi FC

SAFAWI RASID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Harimau Malaya Safawi Rasid disahkan akan beraksi Liga Thailand dengan menyertai Ratchaburi FC selepas berakhirnya saingan Piala AFF pada Januari depan.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi yang dikaitkan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu kembali menyarung jersi Terengganu FC.

Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana mengesahkan berita itu dan telah disiarkan oleh media portal antarabangsa, Main Stand- International semalam.

Menurut laporan itu, segala perbincangan telah dimuktamadkan dan pemain berusia 25 tahun itu telah bersetuju menyertai kelab tersebut.

“Ketika ini, segala perjanjian sudah diselesaikan. Dia (Safawi) akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama Harimau Malaya di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami,” kata Tanawat.

Safawi bakal mengisi kuota pemain ASEAN di kelab itu, di mana dia akan masuk pada jendela perpindahan kedua pada awal tahun iaitu Januari nanti.

Keinginan tinggi kelab itu untuk memikat Safawi didorong oleh aksi mantap yang diperagakannya ketika membantu skuad Harimau Malaya selain pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama JDT.

Liga Thailand bukanlah asing buat pemain negara apabila ramai tonggak tempatan sudah beraksi di negara jiran itu antaranya, Dominic Tan bersama Police Tero dari 2019-2021; Shahrel Fikri dengan Nakhon Ratchasima pada 2018; Junior Eldstal dengan Chonburi FC 2021 dan ramai lagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya